Penubuhan PISPA sebagai landasan kepada Kolej Komuniti Kuala Pilah untuk melahirkan pelajar yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Objektif
-
Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.
-
Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat Institusi Pendidikan.
-
Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
-
Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara serta semangat patriotisme.
Keanggotaan PISPA
Syarat-syarat menjadi anggota PISPA
-
Pendaftaran untuk menyertai PISPA Politeknik adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
-
Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh masa di Politeknik Malaysia
-
Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan);
-
Tidak menyertai mana-mana badan beruniform yang lain.
-
Daftar kursus kokurikulum PISPA
-
Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
-
Belajar tatacara berpakaian seragam
-
Dapat uniform percuma jika mencukupi
-
Dapat bertugas di PKOD setelah tamat pengajian sementara menunggu pekerjaan tetap
-
Dapat bertugas semasa banjir
-
Dapat ikuti mana-mana program anjuran PISPA di politeknik masing-masing
-
Dapat sertai perhimpunan tahunan MalPCiDAC
-
Di tauliah pegawai pada semester 4 atau 5
window.__pagefly_options__=window.__pagefly_options__||[],window.__pagefly_options__.push({"isBackend":false,"isPreview":false,"key":"helper","css":[],"js":[],"page_id":"19"});