Perpustakaan KKKP

 

Perpustakaan ditubuhkan seiring dengan kewujudan Kolej Komuniti Kuala Pilah pada tahun 2019. Mula beroperasi pada tahun 2018.

 Visi

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

 Misi

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu pengetahuan.

 Objektif Perpustakaan

  • Mengesan, memperolehi, memproses, mengumpul, menyimpan, mengurus menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik, memupuk, menanam minat membaca dan membudayakan ilmu di kalangan warga kampus
  • Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi