AKTIVITI ALUMNI KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH SEPANJANG TAHUN 2020

1. Bicara Alumni KKKP Bersama Komuniti Di Dalam Program Polycc Melaka & Negeri Sembilan 

     Digital Enterpreneurship Camp 2020 (3 September 2020)

  • Fazalina Binti Ahmad Faizal Affendy 
  • Slot pengisian bersama alumni dengan perkongsian berkaitan mewujudkan dan pengurusan akaun di Shopee.Com. Beliau juga berkongsi tentang pengalamannya mengendalikan pesanan barangan bagi syarikat tersebut dan beberapa kaedah permulaan untuk menjadi seorang  usahawan yang cemerlang. Sesi yang telah diselang-selikan dengan aktiviti menunjukcara secara terus cara memulakan pendaftaran akaun kepada peserta kursus telah mengadakan akaun di Shopee.com bagi memasarkan produk mereka.

2. Alumni Sebagai Fasilitator Di Dalam Program Kursus Baikpulih Telefon Bimbit (Iphone) Siri 1 & 2

    (26 & 27 September 2020) 

  • Siti Nor Nazirah Binti Mohammad, Nurfatin Anisah binti Shukri serta Lily Syafiqah binti Azman.
  • Kerjaya bagi alumni KKKP adalah berkait rapat dengan kemahiran ketika berada di dalam kelas dan bekerja. Alumni juga dapat membantu penglibatan sukarelawan dalam merealisasikan persediaan sebelum menempuh alam kerja sebenar. Alumni dapat membantu dengan melakukan pemberian sumbangan kembali kepada kolej melalui kepakaran di dalam bidang pembaikan telefon bimbit.  Dengan cara ini, alumni telah mengadakan program interaksi bersama bertujuan untuk memberi penerangan kepada komuniti tentang fungsi Alumni Kolej Komuniti Kuala Pilah sebagai badan yang sentiasa menyokong kolej dalam pengekalan tradisi dan pembangunan pelajar. 
  • Alumni boleh menggalakkan orang awam terutama daripada peserta kursus pendek untuk mempertimbangkan kolej komuniti sebagai pembekal pendidikan mereka. Alumni boleh menunjukkan kepada komuniti bagaimana seterusnya untuk menceburi bidang kerjaya apabila tamat pengajian nanti. Pengalaman di kolej tersebut dan kejayaan alumni dalam pekerjaan adalah hasil yang nyata yang boleh menjadi faktor penentu bagi pelajar dalam membuat keputusan tersebut.

3. Sumbangan Alumni KKKP Sebagai Ahli Panel Di Dalam Program Forum Alumni KKKP 

    ”Kerjaya Juruteknik  Baikpulih  Telefon Bimbit” (4 November 2020 )

  • Zafirah Binti Mohd Najib, Barmawi bin Marsuki serta Nik Muhammad Atif bin Nik Mustafa.
  • Forum ini telah dihadiri oleh pelajar semester tiga dan dua serta pensyarah. Bilangan ahli forum adalah seramai 35 orang pada hari tersebut. Alumni telah berkongsi maklumat tentang teknik yang betul untuk membaiki telefon serta pendedahan tentang masalah, rintangan, risiko serta kaedah yang terbaik untuk mengatasinya. Mereka juga menyatakan etika kerja yang betul serta memberi kata semangat untuk pelajar bagi persediaan ke latihan industri. Mereka telah berkongsi pengalaman kerja serta kaedah yang terbaik dan mudah dalam baikpulih telefon bimbit.

  • Pengisian program juga telah diteruskan dengan sesi perkongsian berkaitan cara menangani karenah pelanggan ketika membaikpulih telefon serta berkongsi tentang pengalaman mereka ketika menjadi pelajar di KKKP. Program itu juga telah diselang-selikan dengan aktiviti menunjukcara secara terus cara baikpulih telefon bimbit kepada peserta kursus pendek tersebut.