INFO & PERMOHONAN KURSUS PENDEK KKKP
Platform rasmi latihan kemahiran, latihan semula (*Reskilling*), dan pemantapan kemahiran (*Upskilling*) khas untuk warga Kuala Pilah dan komuniti sekitarnya.
Maklumat Am Kursus
Sinopsis Kursus Pendek:
• Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup.
• Memberikan latihan kemahiran amali bagi meningkatkan mutu kerja harian.
• Menyediakan program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah diakses.
Lepasan Sekolah / Penganggur • Suri Rumah • Pekerja Industri / Swasta / Awam • Bekerja Sendiri • Pesara • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) • Warga Emas (55 tahun ke atas).
Info Pelaksanaan Kursus
- Tempoh Kursus: Bergantung kepada jenis modul yang ditawarkan (dari separuh hari hingga 3 hari).
- Kaedah Pembelajaran: Konsep 'Hands-On' (praktikal) yang kebanyakannya dijalankan pada hujung minggu atau luar waktu bekerja.
- Tempat Kursus: Makmal/Bengkel KKKP atau premis luar yang disyorkan dan dipersetujui bersama.
- Pensijilan: Sijil Penyertaan Rasmi Kolej Komuniti Kuala Pilah diberikan setelah selesai kursus.
Maklumat Yuran Kursus
Kadar yuran adalah amat berpatutan dan tertakluk kepada jenis kursus, bilangan peserta, serta kos bahan guna habis amali.
Sila hubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di talian:
📞 06-4812543 / 44 / 45 (Samb. 120)