Kunjung Hormat KKKP, PPDKP

Inikan Pilah | Kolej Kito, Stail Kito
[Aktiviti KKKP] Kunjung Hormat KKKP, PPDKP
---------------------------------
Kolej Komuniti Kuala Pilah mengorak langkah dalam menjalinkan hubungan persefahaman, kali ini Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah sebagai destinasi kunjung hormat seterusnya. Pengarah PPD Kuala Pilah Encik Megat Affandi Bin DW Ismail mengalukan kunjungan hormat ini sebagai mengeratkan lagi persefahaman yang dijalin bersama Pengarah Kolej Komuniti Kuala Pilah, Puan Megawati binti Muhamad.
Antara yang dibincangkan adalah persefahaman kerjasama di dalam mempromosikan kolej, hubung jalin antara KKKP dan guru kaunseling sekolah-sekolah menengah, program-program yang terdekat yang bakal dirancang untuk keterlibatan bersama dan banyak lagi. Kunjung hormat ini penting kerana ia memberikan kelancaran hubungan bagi memberikan gambaran ringkas skop perjalanan Kolej Komuniti dan penerangan peranan kolej komuniti dalam perkembangan kerjaya selepas tamat pembelajaran di sekolah menengah.
Walaupun perjumpaan ini ringkas ia dapat memberikan sedikit ruang kepada kolej komuniti dalam kebersamaan dalam gerak kerja PPD Kuala Pilah memperkasakan pendidikan di peringkat Kuala Pilah. Semoga hubungan ini dapat dikekalkan dan diperkasakan demi anak bangsa.
#kunjunghormat #KKKP #kolejbaikihp PPD Kuala Pilah