KKKP JALIN KOLABORASI BERSAMA GILAGADJET, FIXBAY

Inikan Pilah | Kolej Kito, Stail Kito
[Aktiviti KKKP] KKKP JALIN KOLABORASI BERSAMA GILAGADJET, FIXBAY
—————————————————
Kolej Komuniti Kuala Pilah melebarkan sayap dalam memperluaskan lagi kerjasama kolaborasi bersama dua syarikat baik pulih telefon bimbit iaitu Gila Gadjets, Semenyih dan Fixbay Sdn. Bhd. Bangi. Ia adalah bertujuan bagi memudahkan urusan Latihan Industri. Usaha Unit Kolaborasi dan Alumni, KKKP ini penting bagi memberikan input-input tambahan seperti keusahawanan dan kemahiran baik pulih kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Kolaborasi ini juga memberikan gambaran yang jelas betapa syarikat-syarikat diluar sana sangat mencari bakat-bakat kemahiran dalam bidang baik pulih telefon bimbit ini yang sangat terhad pengeluarannya dan selari dengan kepesatan teknologi telefon bimbit itu sendiri.
Kolej Komuniti Kuala Pilah komited dalam usaha melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan berkeyakinan tinggi dalam bidang Teknologi Peranti Mudah Alih. Ianya satu usaha yang berterusan KKKP dalam memberikan keyakinan kepada bakal-bakal pelajar dalam memilih bidang baikpulih telefon bimbit sebagai satu wadah meningkatkan kerjaya.
#kolejbaikihp #kolejkomunitikualapilah #thisispilah #welovepolycc FixBay Gila Gadgets Taman Permata - Smartphone Repair & Accessories Gila Gadgets Senawang - Smartphone Repair & Accessories Gila Gadgets Shah Alam - Smartphone Repair & Accessories