KKKP DI LIGA E-SPORT anak muda nismilan 2025

Dua pasukan wakil KKKP, iaitu BABAJI KK dan TROJANZ, telah menyertai kejohanan Liga e-Sport Anak Muda Nismilan 2025 dalam dua kategori permainan, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile.

Walaupun kedua-dua pasukan tidak berjaya melangkah jauh dan tersingkir di peringkat awal, kejohanan ini tetap menjadi pengalaman berharga. Ini merupakan peluang pertama bagi pemain KKKP bertanding menentang pasukan liga perdana, setelah sebelum ini hanya terlibat dalam liga dalaman. Rata-rata peserta mengakui bahawa tahap persaingan sangat mencabar dan di luar jangkaan mereka.

Senarai pemain yang menyertai kejohanan ini:

1. Qayyim Ibtisam bin Fazrul Zahidi
2. Challeb Entap Anak Laurance
3. Fahmi Zulfaqar bin Sidek
4. Muhammad Hafiez Daniel bin Abdullah
5. Muhammad Danish Hakimi bin Mohamad Baha
6. Danial Haziq bin Faizal
7. Muhammad Faris Zikry bin Muhamat Ude
8. Muhammad Danish Haikal bin Mohd Kalmuree
9. Muhamad Syahmi bin Shauqee
10. Ahmad Syukri bin Abdul Halim

Walaupun tidak membawa pulang kemenangan, pengalaman ini memberi pendedahan berharga kepada pemain dalam memahami tahap kompetitif yang lebih tinggi. Diharapkan dengan latihan dan pengalaman ini, pasukan KKKP dapat tampil lebih mantap dalam kejohanan seterusnya!