KUASAI TEKNOLOGI SMARTPHONE, KUASAI MASA DEPAN
--------------------
Smartphone, adakah ia teknologi masa depan? Dengan kemajuan teknologi yang ada kini, ia merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan harian kita. Kini pelbagai aplikasi yang sebelum ini dijalankan secara manual dan secara web telah diubahsuai supaya ia dapat digunakan secara mobile. Dulu pemindahan wang hanya secara penggunaan slip di kaunter atau mesin atm, kemudian beralih kepada sistem secara web dan kini pengeluaran wang boleh dilakukan hanya dihujung jari anda menggunakan aplikasi bank secara mobile. Pelbagai aplikasi E-wallet dan QRPay diperkenalkan bagi pembayaran secara cashless dan hanya perlu menggunakan smartphone sahaja. Pelbagai platform kini boleh diakses secara mobile seperti perniagaan, pendidikan, media sosial dan banyak lagi. Sebut sahaja Shoppee, Lazada, Food Panda, Tik Tok, Instagram pasti semua akan mengenali aplikasi ini. Dalam bidang pendidikan, pelbagai platform mobile classroom telah diperkenalkan dan kini kita oleh membuat pembentangan secara terus tanpa perlu membawa komputer riba. Dalam era pandemik tempoh hari, teknologi mobile banyak digunakan dalam merapatkan hubungan keluarga yang terpaksa berjauhan melalui aplikasi chat, video call dan lain-lain. Dalam bidang sukan, pelbagai sukan berkaitan dengan mobile telah diperkenalkan dan menjadi salah satu karier yang boleh diperkembangkan melalui aplikasi e-sport yang telah mempunyai peminatnya sendiri. Ini membuktikan bahawa teknologi smartphone kini sedang berkembang pesat dan kita harus selari dengan perkembangan ini supaya kita tidak keciciran. Untuk masa depan, sudah tentu kita perlu menguasai teknologi ini. Jika kita seiring dalam mengejar dan mencipta teknologi smartphone yang semakin menarik ini. Sedarlah kita sedang mendepani masa hadapan. Akan tetapi, jika kita hanya mengikut teknologi smartphone tanpa menguasainya sedarlah teknologi hanya akan menguasai kita.
Penulis : Noor Ajuma Mat Hassan

#kolejbaikihp #kolejbotuah #thisispilah #Robotics