📚 Perpustakaan KKKP

Ditubuhkan seiring kewujudan Kolej Komuniti Kuala Pilah pada tahun 2019 (Mula beroperasi sejak 2018).

👁️

VISI

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan.

🚀

MISI

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu pengetahuan.

🎯 Objektif Perpustakaan

1 Mengesan, memperolehi, memproses, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran.
2 Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
3 Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik, memupuk, menanam minat membaca dan membudayakan ilmu di kalangan warga kampus.
4 Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.